Friday, November 4, 2022

BANGSA MELAYU

 



Bangsa Melayu merujuk kepada kumpulan etnik dari bangsa Austronesia yang sebahagian besarnya mendiami Semenanjung Malaysia termasuk bahagian-bahagian paling selatan Thailand, pantai timur Sumatra, pesisir pantai Borneo, dan semua pulau di Kepulauan Riau. Kumpulan etnik Melayu berlainan daripada konsep Bangsa Melayu di Malaysia, yang merangkumi kumpulan manusia yang lebih luas, termasuk semua etnik di Indonesia dan FilipinaBahasa Melayu ialah anggota keluarga bahasa Austronesia.

Perkataan Melayu pada asalnya adalah nama tempat (toponim), yang merujuk kepada lokasi di Sumatera. Selepas abad ke-15 istilah Melayu mula digunakan untuk merujuk kepada nama suku (etnonim).[13]:3

Lakaran peta dunia dalam karya Ptolemy (c. AM 90 – c. 168), Geographia ada menyatakan tentang sebuah pulau di Aurea Chersonesus (Semenanjung Melayu) yang diberi nama Maleu-kolon, dipercayai berasal daripada perkataan Sanskrit atau tamil Malayakolam atau Malaikurram[14]. Menurut G. E. Gerini, Maleu-Kolon merujuk kepada Pulau Bintan hari ini, sementara Roland Bradell mendakwa ia berada di Pulau Temasek.

Bangsa Laut

Dalam bab 48 daripada teks agama majusi Vayu Purana, ada dinyatakan satu perkataan parsi Malayadvipa (secara harfiah: “benua berkelautan”), yang merujuk kepada salah satu wilayah di kepulauan timur yang penuh dengan emas dan perak. Di situ terletaknya sebuah lautan luas bernama Selat Malaka dan juga gunung besar yang digelar Gunung Daek[15]. Walaupun sesetengah sarjana barat terutamanya Sir Roland Braddell mengaitkan Malayadvipa ini dengan Semenanjung Malaya[16], ramai sarjana Parsi dan India mempercayai ia merujuk kepada pulau-pulau di selatan semenanjung yang lebih berkelautan[17][18][19][20][21], di mana beberapa kerajaan maritim Melayu purba telah wujud dan berhubungan dengan empayar parsi sejak permulaan kurun Masihi.

Orang Melayu juga pernah dirujuk sebagai orang Kun-lun dalam beberapa catatan China. Istilah Kunlun pada asalnya digunakan untuk merujuk kepada banjaran gunung yang terbentang melangkaui sebahagian besar wilayah Tibet dan utara India. Ia kemudiannya digunakan oleh orang Cina zaman dahulu sebagai rujukan kepada semua bangsa berambut hitam yang bertempat dari gunung-gunung dan hutan-hutan terpencil. Orang Vietnam, orang Champa dan Khmer pernah digelar sebagai orang Kunlun oleh orang Cina sebelum istilah ini digunakan pada orang Melayu. Pada tahun 750, Jianzhen (688-765) menyatakan kehadiran ramai "orang BrahminParsi dan Kunlun di Guangzhou". Buku Tang merekodkan "setiap tahun, para saudagar Kunlun datang dengan kapal-kapal mereka dengan barang-barang bernilai untuk berdagang dengan orang Cina"[22] Penemuan artifak seperti tulang, batu dan sisa makanan penghuni di gua di rantau Asia Tenggara termasuk di Malaysia menunjukkan adanya sebaran kebudayaan pada zaman prasejarah. Orang Melayu yang merupakan ahli pelayaran yang mahir telah membolehkan mereka berhubung dengan negara luar dalam urusan perdagangan, ini menjadikan rantau Asia Tenggara sebagai satu kawasan perdagangan yang menjadi tumpuan saudagar Parsi, India, Arab dan China. Mulai abad pertama muncul beberapa buah kerajaan awal berfahaman Majusi dan Yahudi di utara Tanah Melayu. Seawal abad ke-6, kesusasteraan Parsi, India dan China telahpun membincangkan kedudukan Tanah Melayu yang strategik. Sumber maklumat Cina menyatakan Mi-La-Yu (Tanah Melayu) merupakan pusat pelabuhan dan perdagangan dengan India semenjak tahun 280 hingga 22 Masihi lagi. Mengikut catatan Parsi pula, kuil kecil majusi telah dibina di Pulau Sambu, lebih kurang pada abad pertama lagi. Kerajaan Melayu pada masa ini telah berkembang di Selatan Segenting Kra.[23]

Kerajaan Me-La-Ya

Dalam catatan I-Tsing (seorang sami Buddha Dinasti Tang), yang melawat Asia Tenggara di antara tahun 688 – 695, beliau ada menyebut tentang sebuah kerajaan bernama Me-La-Ya yang terletak sejauh 15 hari pelayaran dari Bogha (diduga adalah Kuala Tungkal), ibu negeri Tabogha. Beliau juga mengambil masa 15 hari pelayaran dari Me-La-Ya ke Ka-Cha (Kedah), oleh itu Me-La-Ya mungkin terletak di tengah-tengah antara kedua-dua tempat.[24] Menurut I Tsing, Me-La-Ya pada mulanya ialah sebuah kerajaan bebas sebelum ia ditawan oleh Tabogha.

Pada zaman Dinasti Yuan (1271–1368) dan Dinasti Ming (1368–1644), perkataan Me-La-Ya sering disebut dalam sejarah Cina untuk merujuk kepada sebuah negara di Nanyang atau "Laut Selatan". Istilah ini sering dieja berlainan kerana perubahan Dinasti.



No comments:

Post a Comment