Monday, November 7, 2022

KESAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

 






KESAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA 

Negara ini mempunyai masyarakat majmuk dan telah wujud sejak zaman pemerintahan British lagi.Pada tahun 31 Ogos 2015, dianggarkan penduduk di negara ini berjumlah 24,850,400 di mana orangwarganegara beranggaran seramai 20, 196 600 dan 40, 53 800 orang bukan warganegara. Daripada jumlah warganegara, 13.48 juta orang terdiri daripada kaum bumiputera Melayu, 2.93 juta orangdaripada bumiputera bukan Melayu, 6.22 juta orang daripada kaum Cina, 1.86 juta orang kaum India dan 318.9 ribu orang daripada kaum-kaum lain. Dalam kumpulan kaum bumiputera, orangMelayu dianggar berjumlah lebih daripada 10 233200 orang. Pada awal Tahun 2011, jumlahpenduduk Malaysia mencapai 27 juta orang.Masyarakat Melayu:Orang Melayu merupakan kaum yang terbesar di negara ini iaitu lebih daripada 10 juta orang. 

Orang Melayu diistilahkan sebagai kaum ‘bumiputera’ bersama

-sama dengan penduduk peribumi yang lain.Dalam Perlembagaan, orang Melayu merujuk kepada orang yang bertutur bahasa Melayu,mengamalkan adat istiadat Melayu dan beragama Islam Kriteria yang diberikan oleh Perlembagaan

ini memberi implikasi bahawa sesiapa sahaja boleh menjadi ‘Melayu’ asal sahaja memenuhi tiga

kriteria tersebut. Sebab itu, apabila seseorang yang bukan Melayu memeluk Islam, seseorang itudianggap secara automatik fasih berbahasa Melayu dan hidup seperti orang Melayu hasil daripadapergaulannya dengan orang Melayu.

Tafsiran kebudayaan pula menganggap ‘Melayu’ itu sebagai merujuk secara mudahnya kepada

satu rumpun bangsa yang memiliki ciri-ciri umum seperti berbudaya kan budaya Melayu, berbahasaMelayu dan berketurunan ras Melayu. Dengan kata lain, orang Melayu itu merujuk kepada saturumpun bangsa yang mempunyai pola-pola fizikal dan kebudayaan yang berbeza daripada bangsayang lain.Kalau ditinjau dari sudut tafsiran ini orang Melayu tidak hanya terdapat di Malaysia sahaja tetapi juga berselerak di wilayah-wilayah yang menganjur dari Taiwan di utara hingga ke Kepulauan Pasifikdi selatan dan dari Papua New Guinea di timur hingga ke Madagsacar di barat. Terdapat teori yangmengatakan orang Melayu sekarang adalah berketurunan orang Melayu-Deutro (Deutro-Malay)yang berhijrah dari Yunan di selatan China ke kawasan-kawasan di s`elatan Tanah Besar Asia,termasuk negara ini pada kira-kira tahun 1 500 S.M.Teori ini bagaimanapun ditentang oleh sejarahwan-sejarahwan tempatan. Alasannya teori ini lebihberupa kan andaian atau hipotesis yang tidak disokong oleh bukti yang kukuh. Alasan kedua,tinjauan pakar-pakar sejarah dan antropologi di kawasan yang dikatakan tempat asal orang Melayudi selatan China itu (Yunan) tidak menemui apa-apa bukti yang boleh dihubungkan dengan orang Melayu. Dengan itu, orang Melayu adalah penduduk yang sudah lama mendiami negara ini.

Masyarakat Cina

Orang Cina memasuki Malaysia sejak akhir abad ke-18 dan awal abad ke-19 lagi. Pulau Pinang danSingapura telah menjadi destinasi utama mereka apabila kedua-duanya dibuka oleh British padatahun 1876 dan 1819. Tetapi, orang Cina telah pun berada di negara ini sebagai peladang gambir danlada hitam ketika Riau berada di bawah kekuasaan Johor. Mereka kemudiannya berpindah keSingapura selepas Singapura dibuka oleh British. Pada awal abad ke-19, saudagar Cina dan Eropahmembawa masuk orang Cina setelah saudagar berkenaan mendapat izin untuk mengerjakanlombong daripada pemerintah tempatan dengan tenaga buruh Cina yang tidak begitu banyak.Pada pertengahan abad ke-19, peladang gambir dan lada hitam yang tertumpu di Singapura mulamemasuki Johor. Mereka diberi kawasan di sepanjang sungai oleh pemerintah Johor untukmembuka ladang. Contohnya, Temenggung Johor mengeluarkan Surat Sungai kepada seorang ketua(Kangchu) di satu-satu kawasan ladang gambir atau lada hitam yang disebut sebagai Kangkar. DiPerak, Long Jaafar yang menjadi pembesar Larut telah membawa masuk buruh Cina dari Negeri-negeri Selat (NNS) pada pertengahan abad ke-19 untuk mengerjakan lombong bijih timah di Larut.Gelombang kedatangan buruh Cina semakin hebat pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20seiring dengan perkembangan dalam perlombongan bijih timah. Ini disebabkan suasana politik diTanah Melayu agak stabil jika dibandingkan dengan suasana politik di China. Selepas pada itu,kebanyakan kaum Cina tidak bercadang untuk terus menetap di Malaysia. Pada tahun 1930-an,timbul kecenderungan di kalangan buruh Cina untuk menetap di negara ini disebabkan suasanapolitik dan ekonomi di China yang tidak stabil.Tambahan pula, ramai imigran wanita Cina ke Tanah Melayu menyebabkan bermulanya tanda-tandaperubahan terhadap komposisi kependudukan di negara ini. Kedudukan orang Cina mula mendapatperakuan British apabila Malayan Union diperkenalkan pada tahun 1946 dan kemudian TanahMelayu 1948. Sejak itu, orang Cina mula menjadi warganegara dan dengan ini komposisi sebenarpenduduk negara ini berubah.Pada hari ini terdapat kira-kira 6.2 juta orang kaum Cina di negara ini dan merupakan kaum keduaterbesar. Di Sabah, bilangan kaum Cina adalah sedikit disebabkan tidak ada kegiatan perlombongan.Hanya sebilangan kecil daripada mereka dibawa masuk ke Sabah apabila ladang tembakau dibuka.Bilangan orang Cina di Sarawak agak ramai berbanding di Sabah. Orang Cina memasuki Sarawak melalui Indonesia.

Masyarakat India:

Golongan awal orang India yang datang ke negara ini dikesan sejak abad ke-19 lagi. Mereka datang ke Tanah Melayu sebagai pedagang dan ada yang dilantik sebagai “saudagar raja”. Bilangan mereka yang tidak begitu ramai tidak memberi kesan besar terhadap komposisi besar terhadap komposisi dinegara ini. Selepas Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, British membawa masuk orang India dariBangkahulu (Bengkulen). Golongan ini merupakan orang tahanan dalam proses pertukaran tawananekoran daripada perjanjian tersebut. Mereka dibawa masuk untuk bekerja membina bangunan-bangunan pemerintah, jalan raya dan jambatan.Pada tahun 1940-an pula, British membawa satu lagi kumpulan buruh India untuk bekerja sebagaiburuh ladang tebu di Seberang Perai (Province Wellesley). Oleh itu, sehingga pertengahan abad ke19terdapat dua jenis golongan buruh India di negara ini iaitu buruh tawanan perang dan buruh ladang.Apabila ladang kopi dan teh dibuka di Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) dan di Johor selepascampur tangan British pada 1874, British membawa masuk satu lagi kumpulan buruh India.Peladang-peladang Eropah sangat gemar mengambil buruh India kerana upah nya lebih murah dantambahan pula, pada waktu itu pentadbiran British di India memudahkan proses pengambilan buruhuntuk bekerja di Tanah Melayu.

No comments:

Post a Comment