Monday, November 7, 2022

Latihan Pengukuhan

 






Soalan(1)

Apakah Kesan Pembentukan Masyarakat Majmuk di Malaysia? 

Soalan(2) 

Perkataan Melayu Berasal Daripada?

Soalan(3)

Hubungan Diplomatik Antara Melaka Dan China Bermula Daripada?



Jawapan






 JAWAPAN (1)

-Meningkatkan Ekonomi Negara 

-Masyarakat Hidup Aman Harmoni Antara Kaum

-Dikenali di Seluruh Dunia


JAWAPAN (2)

-Perkataan Melayu pada asalnya adalah nama tempat (toponim), yang merujuk kepada lokasi di Sumatera. Selepas abad ke-15 istilah Melayu mula digunakan untuk merujuk kepada nama suku (etnonim).


JAWAPAN (3)

-Hubungan diplomatik antara kerajaan China dan Melaka memuncak semasa dibawah pemerintahan Sultan Mansur Shah dimana baginda berkahwin dengan Puteri Hang Li Poh lalu membawa bersama golongan bangsawan, pengikut-pengikut, dan hamba dari negara China ke Melaka.


VIDEO MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA







PENDAHULUAN






APAKAH MASYARAKAT MAJMUK? 

Masyarakat majmuk atau pluralistik merujuk kepada beberapa kelompok bangsa atau kaum yang tinggal dalam satu kawasan politik sebagai satu masyarakat, tetapi hidup terpisah kerana yang di ajarkan dengan sultan, mengamalkan cara hidup, adat dan kepercayaan yang berbeza dengan bangsa lain. Berlawanan dengan masyarakat majmuk ialah masyarakat homogen. Gonen. 

Masyarakat Majmuk Malaysia 

Masyarakat di Tanah Melayu (Malaysia) pada sekitar kurun ke-19 didominasi oleh dua bangsa yang berbeza selain daripada masyarakat Melayu yang menjadi tuan kepada wilayah Tanah Melayu pada ketika itu iaitu India dan Cina

Abad ke-19 adalah titik tolak penting dalam sejarah Tanah Melayu bukan sahaja mengalami perubahan politik, tetapi juga perubahan sosial dan ekonomi. Perubahan politik telah membawa kepada perubahan sosial. Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah telah membawa kepada kedatangan orang Cina dan India ke Tanah Melayu. Selain orang Cina dan India, terdapat satu lagi kumpulan pendatang di Tanah Melayu iaitu orang Indonesia yang datang dari KalimantanJawaSumateraSulawesiRiau dan lain-lain kepulauan Indonesia.

KESIMPULAN

 




Sebagai ulasannya, pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bermula apabila kemasukan migran daripada luar. Proses ini berterusan sehingga penjajahan British di Tanah Melayu. Oleh itu, wujud masyarakat berbilang kaum, ras, etnik dan bangsa di Malaysia. Kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya, adab resam, bahasa dan latar berlakang kebudayaan yang berlainan dan menjadikan negara ini menjadi tarikan masyarakat luar.


Pada hari ini, masyarakat majmuk di Malaysia telah terjadi secara tidak sengaja. Pada awal abad ke-19, lebih 90% penduduk Tanah melayu adalah melayu. Namun pada pertengahana abad ke 19, penghijrahan masuk kaum Cina dan India secara beramai-ramai ekoran daripada Dasar Leberal Inggeris di Tanah Melayu.

Kemasukan imigran di dunia Melayu meninggalkan banyak kesan, sama ada kesan positif mahupun kesan negatif. Ia bergantung kepada carabagaimana kita melihat dan mentafsir kedatangan mereka. Namun kehadiran masyarakat luar ke Tanah Melayu telah mencorakkan perspektif masyarakat Melayu, membentuk budaya baru, mempertingkatkan daya saing dalam sektor ekonomi, melahirkan dimensi baru struktur politik rakyat dan sebagainya. Pada hari ini, masyarakat majmuk di malaysia terjadi secara tidak sengaja. Pada awal abad ke-19, lebih 90% penduduk di tanah melayu adalah melayu.

Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri dari pelbagai etnik yang dikategorikan mengikut cara hidup, pola penempatan, pekerjaan dan pendidikan.Terdapat lebih 80 kaum di seluruh Malaysia. Daripada keseluruhan bangsa tersebut, terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu Melayu, India dan Cina dan pelbagai etnik yang lain.

Diharapkan kita sebagai rakyat di bawah bumbung Malaysia agar bersatu padu dan mengambil iktibar di atas apa yang rakyat negara kita telah tempuhi di masa yang lepas dan sama-sama kita menjaga apa sahaja yang kita kecapi masakini.  

Rujukan: http://ohmypengajianadui.blogspot.com/

PROFIL AHLI KUMPULAN

 

AHLI KUMPULAN



 Nama: Azree Nurul Aqilah Binti Azman

No.Matriks: 04DPM22F1073





Nama: Nurul Anis Syamimie Binti Ismail

No.Matrik: 04DPM22F1077



Nama: Tuan Nurnajihah Balqis Binti Tuan Norizalman

No.Matrik: 04DPM22F1012




KESAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

 






KESAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA 

Negara ini mempunyai masyarakat majmuk dan telah wujud sejak zaman pemerintahan British lagi.Pada tahun 31 Ogos 2015, dianggarkan penduduk di negara ini berjumlah 24,850,400 di mana orangwarganegara beranggaran seramai 20, 196 600 dan 40, 53 800 orang bukan warganegara. Daripada jumlah warganegara, 13.48 juta orang terdiri daripada kaum bumiputera Melayu, 2.93 juta orangdaripada bumiputera bukan Melayu, 6.22 juta orang daripada kaum Cina, 1.86 juta orang kaum India dan 318.9 ribu orang daripada kaum-kaum lain. Dalam kumpulan kaum bumiputera, orangMelayu dianggar berjumlah lebih daripada 10 233200 orang. Pada awal Tahun 2011, jumlahpenduduk Malaysia mencapai 27 juta orang.Masyarakat Melayu:Orang Melayu merupakan kaum yang terbesar di negara ini iaitu lebih daripada 10 juta orang. 

Orang Melayu diistilahkan sebagai kaum ‘bumiputera’ bersama

-sama dengan penduduk peribumi yang lain.Dalam Perlembagaan, orang Melayu merujuk kepada orang yang bertutur bahasa Melayu,mengamalkan adat istiadat Melayu dan beragama Islam Kriteria yang diberikan oleh Perlembagaan

ini memberi implikasi bahawa sesiapa sahaja boleh menjadi ‘Melayu’ asal sahaja memenuhi tiga

kriteria tersebut. Sebab itu, apabila seseorang yang bukan Melayu memeluk Islam, seseorang itudianggap secara automatik fasih berbahasa Melayu dan hidup seperti orang Melayu hasil daripadapergaulannya dengan orang Melayu.

Tafsiran kebudayaan pula menganggap ‘Melayu’ itu sebagai merujuk secara mudahnya kepada

satu rumpun bangsa yang memiliki ciri-ciri umum seperti berbudaya kan budaya Melayu, berbahasaMelayu dan berketurunan ras Melayu. Dengan kata lain, orang Melayu itu merujuk kepada saturumpun bangsa yang mempunyai pola-pola fizikal dan kebudayaan yang berbeza daripada bangsayang lain.Kalau ditinjau dari sudut tafsiran ini orang Melayu tidak hanya terdapat di Malaysia sahaja tetapi juga berselerak di wilayah-wilayah yang menganjur dari Taiwan di utara hingga ke Kepulauan Pasifikdi selatan dan dari Papua New Guinea di timur hingga ke Madagsacar di barat. Terdapat teori yangmengatakan orang Melayu sekarang adalah berketurunan orang Melayu-Deutro (Deutro-Malay)yang berhijrah dari Yunan di selatan China ke kawasan-kawasan di s`elatan Tanah Besar Asia,termasuk negara ini pada kira-kira tahun 1 500 S.M.Teori ini bagaimanapun ditentang oleh sejarahwan-sejarahwan tempatan. Alasannya teori ini lebihberupa kan andaian atau hipotesis yang tidak disokong oleh bukti yang kukuh. Alasan kedua,tinjauan pakar-pakar sejarah dan antropologi di kawasan yang dikatakan tempat asal orang Melayudi selatan China itu (Yunan) tidak menemui apa-apa bukti yang boleh dihubungkan dengan orang Melayu. Dengan itu, orang Melayu adalah penduduk yang sudah lama mendiami negara ini.

Masyarakat Cina

Orang Cina memasuki Malaysia sejak akhir abad ke-18 dan awal abad ke-19 lagi. Pulau Pinang danSingapura telah menjadi destinasi utama mereka apabila kedua-duanya dibuka oleh British padatahun 1876 dan 1819. Tetapi, orang Cina telah pun berada di negara ini sebagai peladang gambir danlada hitam ketika Riau berada di bawah kekuasaan Johor. Mereka kemudiannya berpindah keSingapura selepas Singapura dibuka oleh British. Pada awal abad ke-19, saudagar Cina dan Eropahmembawa masuk orang Cina setelah saudagar berkenaan mendapat izin untuk mengerjakanlombong daripada pemerintah tempatan dengan tenaga buruh Cina yang tidak begitu banyak.Pada pertengahan abad ke-19, peladang gambir dan lada hitam yang tertumpu di Singapura mulamemasuki Johor. Mereka diberi kawasan di sepanjang sungai oleh pemerintah Johor untukmembuka ladang. Contohnya, Temenggung Johor mengeluarkan Surat Sungai kepada seorang ketua(Kangchu) di satu-satu kawasan ladang gambir atau lada hitam yang disebut sebagai Kangkar. DiPerak, Long Jaafar yang menjadi pembesar Larut telah membawa masuk buruh Cina dari Negeri-negeri Selat (NNS) pada pertengahan abad ke-19 untuk mengerjakan lombong bijih timah di Larut.Gelombang kedatangan buruh Cina semakin hebat pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20seiring dengan perkembangan dalam perlombongan bijih timah. Ini disebabkan suasana politik diTanah Melayu agak stabil jika dibandingkan dengan suasana politik di China. Selepas pada itu,kebanyakan kaum Cina tidak bercadang untuk terus menetap di Malaysia. Pada tahun 1930-an,timbul kecenderungan di kalangan buruh Cina untuk menetap di negara ini disebabkan suasanapolitik dan ekonomi di China yang tidak stabil.Tambahan pula, ramai imigran wanita Cina ke Tanah Melayu menyebabkan bermulanya tanda-tandaperubahan terhadap komposisi kependudukan di negara ini. Kedudukan orang Cina mula mendapatperakuan British apabila Malayan Union diperkenalkan pada tahun 1946 dan kemudian TanahMelayu 1948. Sejak itu, orang Cina mula menjadi warganegara dan dengan ini komposisi sebenarpenduduk negara ini berubah.Pada hari ini terdapat kira-kira 6.2 juta orang kaum Cina di negara ini dan merupakan kaum keduaterbesar. Di Sabah, bilangan kaum Cina adalah sedikit disebabkan tidak ada kegiatan perlombongan.Hanya sebilangan kecil daripada mereka dibawa masuk ke Sabah apabila ladang tembakau dibuka.Bilangan orang Cina di Sarawak agak ramai berbanding di Sabah. Orang Cina memasuki Sarawak melalui Indonesia.

Masyarakat India:

Golongan awal orang India yang datang ke negara ini dikesan sejak abad ke-19 lagi. Mereka datang ke Tanah Melayu sebagai pedagang dan ada yang dilantik sebagai “saudagar raja”. Bilangan mereka yang tidak begitu ramai tidak memberi kesan besar terhadap komposisi besar terhadap komposisi dinegara ini. Selepas Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, British membawa masuk orang India dariBangkahulu (Bengkulen). Golongan ini merupakan orang tahanan dalam proses pertukaran tawananekoran daripada perjanjian tersebut. Mereka dibawa masuk untuk bekerja membina bangunan-bangunan pemerintah, jalan raya dan jambatan.Pada tahun 1940-an pula, British membawa satu lagi kumpulan buruh India untuk bekerja sebagaiburuh ladang tebu di Seberang Perai (Province Wellesley). Oleh itu, sehingga pertengahan abad ke19terdapat dua jenis golongan buruh India di negara ini iaitu buruh tawanan perang dan buruh ladang.Apabila ladang kopi dan teh dibuka di Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) dan di Johor selepascampur tangan British pada 1874, British membawa masuk satu lagi kumpulan buruh India.Peladang-peladang Eropah sangat gemar mengambil buruh India kerana upah nya lebih murah dantambahan pula, pada waktu itu pentadbiran British di India memudahkan proses pengambilan buruhuntuk bekerja di Tanah Melayu.

Friday, November 4, 2022

KAUM CINA

 



Orang Cina Malaysia (Cina Ringkas马来西亚华人Cina Tradisional馬來西亞華人pinyin: Mǎláixīyà Huárén atau Cina Ringkas马来西亚唐人Cina Tradisional馬來西亞唐人pinyin: Mǎláixīyà Tángrén) adalah warganegara Malaysia yang berketurunan Bangsa Han. Mereka merupakan kumpulan etnik kedua terbesar di Malaysia selepas kaum Melayu dan kebanyakan mereka adalah keturunan pendatang berbangsa Han yang datang ke Tanah Melayu semasa pemerintahan Dinasti Ming sekitar abad ke-15, Dinasti Qing dan Republik China.

Gelombang Pertama

Bangsa Han gelombang pertama datang pada abad kelima belas semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka. Hubungan diplomatik antara kerajaan China dan Melaka memuncak semasa dibawah pemerintahan Sultan Mansur Shah dimana baginda berkahwin dengan Puteri Hang Li Poh lalu membawa bersama golongan bangsawan, pengikut-pengikut, dan hamba dari negara China ke Melaka.[4] Kebanyakan daripada mereka terdiri daripada berketurunan Fujian. Rombongan tersebut membawa masuk Bangsa Han yang kemudiannya berkahwin dengan penduduk tempatan lalu membentuk kumpulan masyarakat Peranakan. Makam mereka boleh didapati di Bukit Cina. Kini, Keturunan keturunan masyarakat ini kebanyakannya dari wilayah Fujian, dimana ia digelar Baba (lelaki) dan Nyonya (perempuan).

Gelombang Kedua

Pada abad ke 19 dan ke 20, Bangsa Han berhijrah secara beramai-ramai ke Tanah Melayu. Mereka dari selatan China terutamanya dari daerah Fujian, Guangdong, Guangxi ,dan Hainan. Mereka membentuk penempatan di negeri PerakSelangor dan Negeri Sembilan terutamanya di lombong-lombong bijih timah untuk bekerja sebagai buruh lombong dengan sokongan British. Selain itu, mereka juga menetap di Negeri-Negeri Selat seperti Singapura dan Pulau Pinang. Kebanyakan Bangsa Han mudah dijumpai di zon selatan dan juga pantai Barat terutamanya negeri JohorNegeri SembilanSelangor dan Perak. Manakala, Bangsa Han merupakan kaum majoriti di Negeri-Negeri Selat seperti Pulau Pinang dan Singapura.

Manakala di negeri Johor, Sultan Abu Bakar memperkenalkan sebuah perlembagaan dan menubuhkan sebuah sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan. Dibawahnya, Johor menikmati pembangunan ekonomi yang cemerlang. Permintaan lada hitam dan gambir yang tinggi pada abad ke-19 menyebabkan pembukaan ladang-ladang baru dan kemasukan buruh Cina secara beramai-ramai. Sultan Abu Bakar kemudiannya dikenali sebagai "Bapa Johor Moden". Bangsa Han dibawa masuk melalui Sistem Kangchu untuk bekerja sebagai buruh di ladang lada hitam dan gambir. Melalui Sistem KangchuBangsa Han digalakkan berpindah dari Singapura dan menetap di Johor serta membuka ladang lada hitam dan gambir di bawah pengawasan seorang Kangchu iaitu ketua puak-puak Bangsa Han. Setiap Kangchu dipertanggungjawabkan untuk mengawal, membayar sewa bagi kawasan yang dibuka serta menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh buruh Cina di bawah pengelolaannya. Pada tahun 1860-an, seramai 15,000 Bangsa Han telah dibawa masuk ke Johor melalui sistem Kangchu ini.

Pada akhir abad ke-19, pihak British telah memberikan galakan terhadap kemasukan imigran Cina ke Tanah Melayu kerana pihak British memerlukan tenaga buruh yang ramai supaya dapat membantu mengeluarkan bijih timah yang banyak untuk keperluan Revolusi Perindustrian di Britain.



BANGSA MELAYU

 



Bangsa Melayu merujuk kepada kumpulan etnik dari bangsa Austronesia yang sebahagian besarnya mendiami Semenanjung Malaysia termasuk bahagian-bahagian paling selatan Thailand, pantai timur Sumatra, pesisir pantai Borneo, dan semua pulau di Kepulauan Riau. Kumpulan etnik Melayu berlainan daripada konsep Bangsa Melayu di Malaysia, yang merangkumi kumpulan manusia yang lebih luas, termasuk semua etnik di Indonesia dan FilipinaBahasa Melayu ialah anggota keluarga bahasa Austronesia.

Perkataan Melayu pada asalnya adalah nama tempat (toponim), yang merujuk kepada lokasi di Sumatera. Selepas abad ke-15 istilah Melayu mula digunakan untuk merujuk kepada nama suku (etnonim).[13]:3

Lakaran peta dunia dalam karya Ptolemy (c. AM 90 – c. 168), Geographia ada menyatakan tentang sebuah pulau di Aurea Chersonesus (Semenanjung Melayu) yang diberi nama Maleu-kolon, dipercayai berasal daripada perkataan Sanskrit atau tamil Malayakolam atau Malaikurram[14]. Menurut G. E. Gerini, Maleu-Kolon merujuk kepada Pulau Bintan hari ini, sementara Roland Bradell mendakwa ia berada di Pulau Temasek.

Bangsa Laut

Dalam bab 48 daripada teks agama majusi Vayu Purana, ada dinyatakan satu perkataan parsi Malayadvipa (secara harfiah: “benua berkelautan”), yang merujuk kepada salah satu wilayah di kepulauan timur yang penuh dengan emas dan perak. Di situ terletaknya sebuah lautan luas bernama Selat Malaka dan juga gunung besar yang digelar Gunung Daek[15]. Walaupun sesetengah sarjana barat terutamanya Sir Roland Braddell mengaitkan Malayadvipa ini dengan Semenanjung Malaya[16], ramai sarjana Parsi dan India mempercayai ia merujuk kepada pulau-pulau di selatan semenanjung yang lebih berkelautan[17][18][19][20][21], di mana beberapa kerajaan maritim Melayu purba telah wujud dan berhubungan dengan empayar parsi sejak permulaan kurun Masihi.

Orang Melayu juga pernah dirujuk sebagai orang Kun-lun dalam beberapa catatan China. Istilah Kunlun pada asalnya digunakan untuk merujuk kepada banjaran gunung yang terbentang melangkaui sebahagian besar wilayah Tibet dan utara India. Ia kemudiannya digunakan oleh orang Cina zaman dahulu sebagai rujukan kepada semua bangsa berambut hitam yang bertempat dari gunung-gunung dan hutan-hutan terpencil. Orang Vietnam, orang Champa dan Khmer pernah digelar sebagai orang Kunlun oleh orang Cina sebelum istilah ini digunakan pada orang Melayu. Pada tahun 750, Jianzhen (688-765) menyatakan kehadiran ramai "orang BrahminParsi dan Kunlun di Guangzhou". Buku Tang merekodkan "setiap tahun, para saudagar Kunlun datang dengan kapal-kapal mereka dengan barang-barang bernilai untuk berdagang dengan orang Cina"[22] Penemuan artifak seperti tulang, batu dan sisa makanan penghuni di gua di rantau Asia Tenggara termasuk di Malaysia menunjukkan adanya sebaran kebudayaan pada zaman prasejarah. Orang Melayu yang merupakan ahli pelayaran yang mahir telah membolehkan mereka berhubung dengan negara luar dalam urusan perdagangan, ini menjadikan rantau Asia Tenggara sebagai satu kawasan perdagangan yang menjadi tumpuan saudagar Parsi, India, Arab dan China. Mulai abad pertama muncul beberapa buah kerajaan awal berfahaman Majusi dan Yahudi di utara Tanah Melayu. Seawal abad ke-6, kesusasteraan Parsi, India dan China telahpun membincangkan kedudukan Tanah Melayu yang strategik. Sumber maklumat Cina menyatakan Mi-La-Yu (Tanah Melayu) merupakan pusat pelabuhan dan perdagangan dengan India semenjak tahun 280 hingga 22 Masihi lagi. Mengikut catatan Parsi pula, kuil kecil majusi telah dibina di Pulau Sambu, lebih kurang pada abad pertama lagi. Kerajaan Melayu pada masa ini telah berkembang di Selatan Segenting Kra.[23]

Kerajaan Me-La-Ya

Dalam catatan I-Tsing (seorang sami Buddha Dinasti Tang), yang melawat Asia Tenggara di antara tahun 688 – 695, beliau ada menyebut tentang sebuah kerajaan bernama Me-La-Ya yang terletak sejauh 15 hari pelayaran dari Bogha (diduga adalah Kuala Tungkal), ibu negeri Tabogha. Beliau juga mengambil masa 15 hari pelayaran dari Me-La-Ya ke Ka-Cha (Kedah), oleh itu Me-La-Ya mungkin terletak di tengah-tengah antara kedua-dua tempat.[24] Menurut I Tsing, Me-La-Ya pada mulanya ialah sebuah kerajaan bebas sebelum ia ditawan oleh Tabogha.

Pada zaman Dinasti Yuan (1271–1368) dan Dinasti Ming (1368–1644), perkataan Me-La-Ya sering disebut dalam sejarah Cina untuk merujuk kepada sebuah negara di Nanyang atau "Laut Selatan". Istilah ini sering dieja berlainan kerana perubahan Dinasti.